Tuesday, January 5, 2010

Sebuah Katil Seribu Makna

aku insan kurang upaya yang dikenali sebagai faizurina. Di atas katil, selama setahun aku terbaring....di sebelah kiri katilku tergantung plastik kencingku..... Dari atas katil inilah aku mula menghentakan 'jariku' menulis dan bercerita di diariku. Dari atas katil inilah aku melayani rakan cyberku melalui 'ym'. Dalam setahun hanya tiga atau empat kali sahaja aku meninggalkan katil kesayanganku ini selebihnya aku akan setia di sini walaupun jasadku menjerit-jerit untuk turut bersama kalian di luar sana.


Katilku ini banyak menyimpan rahsia, menyaksikan suka dukaku, berkongsi derita sengsaraku dan meratapi sendu air mataku.Tanpa katil ini aku tidak berpeluang untuk duduk dan tersenyum seperti waktu ini.Andai aku tiada lagi nanti hanya katil ini sebagai ganti rindu buat babah, damia, dakael, Danish, tarabas, temanku.....

No comments:

Post a Comment