Tuesday, January 5, 2010

KISAH DI ICU

Aku hendak kembali pada kisah ‘Ceritaku’ dahulu. aku hanya ingin berkongsi rasa peritnya perjalanan. Setelah beberapa hari asyik di beri makan jelly akhirnya doktor membenarkan aku makan bubur dan seterusnya makan nasi. Pada satu ketika aku fikir aku sudah tidak mampu lagi untuk makan seperti biasa.…rupanya tuhan masih memberiku peluang untuk aku menikmati kelazatan makanan di dunia ini…syukur alhamdullilah.Rutin di ICU ini bermula dari pukul 5 pagi, waktu ini nurse akan datang menolak trolinya untuk membersihkan diriku. Seluruh badanku di lapkan, dari hujung kaki hingga kehujung rambut.



lepas seorang nurse seorang nurse melihat dan membersihkannya. Aku tidak mampu lagi berkata apa-apa ketika ini terima sajalah. Setelah di bersihkan aku dibaringkan semula. Jika bernasib baik aku akan diberi minum milo, itu pun bergantung kepada nurse yang menjagaku.Walaupun dalam keadaan sakit sholat perlu dikerjakan. Oleh kerana tiada jam di situ aku mengagak-agak masuknya waktu subuh. Dalam keadaan yang ku kira darurat, tanpa wudhu dan tanpa tayyamum aku niatkan sholat fardhu subuhku,di bumi auckland aku mengenal erti kuasa solat dan doa pada TUhan .…semoga Allah menerima ibadatku.



Setelah bersholat subuh aku teruskan lenaku. Seringkali aku terkejut bilamana seorang doktor yang agak berumur dan berambut putih berdiri setiap pagi di sebelahku. Saban pagi Dr. Sapani (Pakar Bius) akan tersenyum dan bertanya kabar padaku. Dialah doktor yang bertanggung jawab mengawal mesin (ventilator) pernafasanku. Sambil mengusik-gusik mesin ventilator, aku mendengar dia memberi arahan kepada nurse tentang tahap kandungan oksigenku, samada dikurangkan atau ditambahkan.Setiap kali oksigen dihentikan aku akan lemah seakan-akan tidur. Aku masih gagal bernafas sendirian tanpa bantuan oksigen. Pada satu ketika aku menangis kerana tidak mampu bernafas sendiri dan terlupa cara bernafas yang betul.



Aku akan terus berada di di wad ICU selagi tidak boleh bernafas sendirian. Aku diberikan tunjuk ajar cara-cara bernafas yang betul. Secara diam-diam tanpa pengatahuanku nurse memberhentikan oksigen, dari selang sejam sehari meningkat ke dua jam sehari dan seterusnya.Untuk membolehkan sistem pernafasanku berjalan lancar aku harus menjalani fisioterapi dua atau tiga kali sehari. Aku di telentangkan, seorang nurse dan seorang fisioteraphis akan menepuk-nepuk sambil menekan-nekan dadaku. …belepak belepuk bunyi dadaku ditepuk-tepuk dan ditekan-tekan. Seesi tepuk menepuk itu di selang seli pula dengan proses mengeluarkan kahak (tricky) dan darah beku di kerongkongku. Sebatang tiub/hoss seperti penyedut dimasukkan ke lubang yang ditebuk di leherku untuk menyedut kahak dan darah.Yaa Allah terasa sakitnya dan deritanya tatkala itu hanya Allah sahaja yang tahu keperitanku. Inilah proses yang terpaksa aku lalui selama 46 hari di ICU.



Setelah sebulan di rawat di ICU, satu pagi aku meminta babah menelefon rakan baik ija kerana aku rasa seperti sesuatu yang tidak kena padaku. Dengan menutup lubang di leherku dengan gauze, aku mampu bercakap sedikit dengan rakanku.Aku sudah tidak larat untuk bercerita lagi, jam sudah hampir pukul 5.30 pagi. Malam ini aku jadi musafir malam….mata tidak boleh tidur. cerita ini akan bersambung lagi......


faizurina-auckland

3 comments:

  1. rin, so sad, kami tak tahu keadaan u macam ni? rin, u know..kita orang rindu sangat kat u tau. nanti bagi address kat i boleh?

    ReplyDelete
  2. faz,i doakan u cepat sembuh. tabah k, hadapi dugaan dari yang Esa.entry ni touching sangat,

    ReplyDelete
  3. kita orang nak jumpa rin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete