Monday, January 18, 2010

DETIK DAN MASA

Kekalutan memenuhi keperluan dunia amat meletihkan. Segalanya seakan tidak tergapai. Masa seakan terlalu pantas berlalu berbanding kelipan mata. Sesekali tersedar.. rupanya terlalu banyak yang telah aku sia-siakan.


Lalu tika ada sedetik waktu untuk merenung diri.. biarlah detik-detik itu terisi dengan penuh berhemah. Biarlah sentuhannya.. biarpun sedetik tapi mampu menyentuh seluruh hidup. Ya.. menyentuh seluruh hidup dan jiwa.. kembali ke asal...


Sesaat.. sedetik itu mungkin tidak punya sebarang nilai. Mungkin juga tidak punya sebarang harga kerana tiap detik yang bergetar dalam setiap denyut itu, sedetik itu mungkin saja bukan sesuatu yang gah untuk menyentuh seluruh hidup. Mungkin detik itu adalah rutin biasa dalam senafas lega atau sehembus resah yang terpaksa didepani dalam mengejar satu matlamat.. yang dipanggil kehidupan.


Namun hakikatnya yang seringkali kita terlupa.. kehidupan itu sendiri sebenarnya terbina daripada cantuman-cantuman masa.. dari setiap detik jarum jam yang bergerak.. dari setiap degup jantung yang berdetak. Setiap satu langkah antara detik dan saat itu punya maknanya sendiri. Biarpun tanpa atau dengan sedar kita mendepaninya..


faizurina 19 jan2010

No comments:

Post a Comment